.: sEMBANG - SEMBANg :.

Monday, July 13, 2009

Mimpi baik..

Penat dah main dengan angka2 ni.. rasa nak rehat jap.. lagipun, dah tak lama nak balik..
letih jugak nak siapkan akaun ni.. hope dapat siapkan dengan cepat, coz this weekend nak balik kampung.. InsyaAllah..

Hari khamis yang lepas, ummi dapat panggilan dari mama chik..
dia bagitau yang dia baru balik dari dungun.. dan, dia baru teringat nak call ummi lepas kejadian yang dia lalui semasa di masjid dungun tu..

mama chik bercerita, semasa dia nak beri salam sembahyang asarnya, dia teringat mimpinya semalam.. lepas dia bagi salam, dia menangis teresak2 sehinggakan kawannya perasan akan tangisan nya tu..

Selepas dengar berita yang di khabar oleh mama chik, ummi pun turut menangis..
tangisan gembira dan sedih..
apapun, ummi bersyukur kerana apa yang ummi hajatkan, Allah perkenan kan..

teringat nasihat ustazah semalam, kalau kita mimpi buruk, jangan diberitahu kepada orang lain.. kerana berita buruk tu, adalah gangguan syaitan, dan aturan kepada mereka yang bermimpi buruk, tiup di sebelah kiri, dan berdoa kepada Allah semoga semuanya selamat..

Begitu juga dengan berita baik.. tak elok juga di beritahu kepada orang lain, takut akan timbul hasad dengki..

Namun, mimpi yang di alami oleh mama chik ini, ummi merasakan, di tunggu - tunggu oleh setiap ahli keluarga kita kan.. InsyaAllah..

Seperti yang diberitahu oleh Ustaz Osmarizal, yang menandakan haji orang yang telah meninggal dunia ini diterima oleh Allah, salah seorang dari ahli keluarga akan bermimpi berjumpa dengan arwah selepas upah haji nya selesai..

dan, kini.. setelah hampir 7 bulan berlalu, ummi tertunggu2 siapa kah insan yang bertuah itu?..
dan, hari khamis lepas.. mama chik menjadi pilihan.. Alhamdulillah..

Dalam ramai2 ahli keluarga kita, mama chik adalah orang yang paling bertuah kerana telah di pilih oleh Allah untuk berjumpa dengan arwah ayah.. sememangnya kak tiada bandingan.. dan, menerima hakikat yang mama chik adalah orang yang paling patut mendapatnya..

gembira dengan berita yang di khabarkan.. sedih kerana ummi bukan pilihan Allah.. namun, bersyukur kerana Allah telah memperkenan kan haji Ayah..semoga arwah ayah akan bersemadi dengan aman di SANA.. Amin.. Ya Rabbal Alamin..

> mama chik bagitau.. wajah arwah adalah yang paling bersih dan paling putih di kalangan mereka yang berada di sekeliling nya di dalam mimpi nya.. seronok.. best nya dapat jumpa arwah.. rinnnduuu...

Tuesday, March 24, 2009

Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar

Syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, kita telah berjaya menjayakan Sambutan Hari keluarga kita kali yang ke 4. Jika tidak dengan sokongan semua, sambutan ini tidak akan berjalan dengan jayanya..
Ummi tak sabar nak tunggu cd yang akan dikeluarkan oleh Lan.. tak sabar nak tengok semula kegirangan yang kemeriahan yang kita kecapi bersama.. semoga ianya akan menjadi kenangan terindah buat semua..
Thanks to all.. semoga Allah memberkati kalian semua.. Amin..

p/s : tak lupa juga kepada cucu sedara ummi yang comel lotte..

Monday, January 12, 2009

Banjir umah mek..

Dapat mms dari is.. banjir umah mek.. pemandangan dari belakang umah.. yeah.. yeah.. main air.. anak2 sedara semua bersorak main air..
Hujan tak berhenti 2-3 hari, so air naik la.. bukan air sungai.. tapi, air limpahan hujan je.. bile dah cerah semula tu, air pun surutla..

InsyaAllah hujan ini adalah rahmat dari Allah..

Posted by Picasa

Sijil, tikar sejadah dan air wangi...



Alhamdulillah.. tertunai sudah tanggungjawab kita sebagai anak2 arwah ayah.. di doakan semoga haji arwah ayah akan diterima Allah S.W.T dan mendapat haji mabrur.. Amin..

p/s : ummi teringin sangat nak 'jumpa' arwah ayah.. tapi, kalau sape yang mendapat mimpi jumpa arwah.. harap dapat sampai kan berita pada semua.. (tumpang gembira pun takpe.. coz ada ustaz cakap, kalau haji arwah mabrur, salah seorang akan mimpi jumpa arwah dengan pakaian haji.. (tak tahu betul ke tak) .. :D

Saturday, November 22, 2008

Jangan jeles yee...

Last weekend, mek, mok chik, family abe da, adik ama & husband datang ke kemaman.. bertolak dari kg hari khamis tu.. then, tido umah kak. Tengahari tu, bertolak datang ke kemaman.. makan nasi tengahari kat umah ummi..

Heheh.. ummi masak special jugak la hari ni, masak sweet sour ikan, tom yam dan beberapa lauk sampingan. Emm.. sodappp..

Lepas makan, budak2 di hantar ke rumah adik ah bagi membolehkan kami orang2 dewasa menjemput2 .. saje temankan mek ke rumah pok heng dan abang din.. masa kat umah pakcik heng, kami di hidangkan dengan buah jering.. isy.. dah lama tak makan.. yang lucunya, buah jering tu hitam pekat.. lawak jugak, tapi best jugak la, bukan senang nak jumpa dah buat tu sekarang.. yang paling banyak makan rasanya cik man.. minat benar dia.. yang is pulak, this is the first time makan buah tu..

Dan, tiba la masa yang ditunggu2.. bbq..
so, kepada sesiapa yang tak dapat nak join tu,.. sori la ek.. hehehhe
best... kami ber bbq di rumah ngah dan mok dan pok jugak turut sama memeriahkan majlis..
makan makan makan.. sampai kenyang.. tapi, masa nak balik tu, dah tak banyak yang tinggal.. semua kekenyangan.. Alhamdulillah..

Pagi esok tu, hari sabtu.. plannye nak balik awal.. tapi, memandangkan ummi ajak budak2 main kolam, so.. apa lagi.. join la sekali.. sesambil tengok alia punye swimming lesson, dapat la jugak melayan bebudak ni main kolam..

lepas mandi, balik bersiap, singgah umah mok cik man kejap.. kejap pun, sempat jugak la makan mee goreng.. dekat tengahari jugak baru sempat bertolak ke pelong pulak..

So, 2 hari bercuti this week sangat penat tapi seronok coz semua dapat berkumpul.. sembang2 dan bertukar2 pendapat.. paling tidak, hati yang lara kan terubat.. ehhehe..

p/s : acara menjemput ke kenduri kawin, di sekali kan dengan gathering family... :D

Wednesday, October 22, 2008

Mutiara Kata - Halaman Web Mohd Azlan

Ni ada mutiara kata yang ummi nak rakam kan kat sini sebagai panduan untuk semua..

* Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi
sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan.


Kami anak beranak sangat bersyukur ke hadratNya kerana dengan izinNya kami sakit, dan dengan izinNya jugak kami di sembuhkan.. dan, ummi mengaku, memang masa kita sakit dan susah ni, memang kita akan berasa sangat yang nikmat Allah; iaitu kesihatan ini TERAMAT penting untuk diri seseorang yang bergelar manusia.. tanpa kesihatan, semua pekerjaan tak menjadi.. nak bangun nak buat ibadah pun terasa tak larat..dan, di situ la Allah nak uji kita..
Kami dah melepasi tempoh itu.. Amat bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah berikan.. Alhamdulillah..

>> Untuk pengetahuan semua, yang tak di maklumkan, ummi dan anak beranak sebenarnya terpaksa berkampung di Kuantan Medical Centre coz demam selepas balik dari kampung lepas raya.. demam lama sangat, so kami di suspect denggi.. Alhamdulillah la takde, cuma jangkitan sakit demam virus yang macam mek kena, so kami berjangkit dengan mek la sebenarnya.. then, kami tahu la.. memang teruk sangat mek demam aritu, .. huhu.. kami dah rasainya..

Monday, August 18, 2008

Pelancaran Blog Niaga Ummi

Alhamdulillah.. ucap syukur ke hadratNya kerana dengan izinNya, ummi telah dapat merasmikan blog niaga ummi. hehe.. at last..dapat la jugak di lancarkan walaupun masih banyak yang masih perlu di masukkan bahan. So, untuk permulaan ni, ummi sangat harap sesama kita dapat la memberikan sokongan kepada usaha ummi ni, dengan menwar warkan kepada kenalan, dan kengkawan masing2.
Terima Kasih atas jasa semua.

Blog niaga ummi ni berkonsepkan Berniaga Sambil Berdakwah..sesambil menjual, InsyaAllah akan ada pengisian yang bermanfaat. Semoga apa yang ummi usahakan ini akan mendapat barakah dariNya Yang Esa.. dan, ummi akan berjaya.. InsyaAllah. Doa doakan lah jugak ek... :D

Jika kelapangan, luang2 kan masa ke blog niaga ummi di http://hkeshoppe.blogspot.com
Buat ummi sendiri.. Gambatte!!!.. hheheh..

Monday, July 7, 2008

Lama sudah tak bersua

Assalamualaikum semua.
ummi berkelapangan hari ini untuk mencoret kan sesuatu dalam blog family kita yang dah lama tak berupdate ni.. memandangkan masing2 sibuk dan maybe masih ramai yang tak berapa mahir dalam nak update mengupdate blog kita ni, jadi nampak gayanya biar ummi sajala dlu berbicara. Sudah banyak aktiviti yang tak sempat ummi nak update, terutamanya tentang majlis perkahwinan anak sedara kesayangan zailan dan isteri tercinta liza, berita kegembiraan anak2 sedara yang dapat ke menara gading, dan tak lupa jugak mengenai cik sue yang nonong dapat bawak keta viva baru ke tempat kerja.. kui3. Walaupun terlalu banyak mehnah yang terpaksa dilalui dengan salesman keta tu, tapi at last, dapat jugak cik sue berkereta..round2 bawa mek :D
Alhamdulillah.. Syukur ummi ke hadrat Ilahi kerana di limpahkan kurniaNya yang tak ternilai.. kekadang terkenang kepada arwah ayah, betapa gembiranya dia jika dapat melihat kejayaan, kegembiraan, dan suasana yang kami semua dapat rasai sekarang, pasrah dan redha walaupun arwah tak dapat nak mengecapi apa yang kami lalui sekarang, namun doa kami sentiasa mengiringi roh ayah di 'sana' .. Amin..
Ummi harap begitu la jua kepada anak beranak ummi yang lain, walaupun kita bergembira di dunia ini, jangan lupakan mereka yang telah lama meninggalkan kita.. sedekah kan lah kepada mereka, at least Al Fatihah setiap hari..
Sebagaimana yang ummi telah ajarkan kepada anakanda kesayangan, Alia yang akan memberikan salam setiap kali melalui tanah perkuburan, dan sekarang ummi ajarkan terus supaya dia membacakan Al Fatihah buat atuk dia yang dia tak pernah kenal.. hanya mendengar cerita dari ummi nya.. itupun dia yang bertanyakan, dan terngiang2 ada satu soalan dia pada ummi yang membuatkan ummi mengalir air mata,"doh ummi nangis la masa ayah ummi meninggal?" .. ??? "menangis la, sedih sebab lepas tu, ummi dah takde ayah lagi dah.." .. jawab ummi..
Jadi, ummi nak mintak kepada kita semua, sama2 lah kita berfikir sejenak, sejauh mana kita memikirkan tentang kematian, yang mana kita akan kekal buat selamanya di 'sana?' Nasihat ini untuk diri ummi juga,.. semoga kita akan sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi mereka yang tergolong dalam kalangan mereka yang beriman.. Amin.. Amin Ya Rabbal Alamin..
Wallahua'lam..

Monday, March 17, 2008

Lyricster.net - Sami Yusuf » Mother (Arabic) lyrics

Blessed is your face
Blessed is your name
My beloved
Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved
All the nights
And all the times
That you cared for me
But I never realised it
And now it’s too late
Forgive me

Now I’m alone filled with so much shame
For all the years I caused you pain
If only I could sleep in your arms again
Mother I’m lost without you

You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only I knew what I know today
Mother I’m lost without you

Ummahu, ummahu, ya ummi
wa shawqahu ila luqyaki ya ummi
Ummuka, ummuka, ummuka ummuka
Qawlu rasulika
Fi qalbi, fi hulumi
Anti ma’i ya ummi
Mother... Mother... O my mother
How I long to see O mother
“Your mother, Your mother, Your mother”
Is the saying of your Prophet
In my heart, in my dreams
You are always with me mother

Ruhti wa taraktini
Ya nura ‘aynayya
Ya unsa layli
Ruhti wa taraktini
Man siwaki yahdhununi
Man siwaki yasturuni
Man siwaki yahrusuni
‘Afwaki ummi
Samihini...
You went and left me
O light of my eyes
O comfort of my nights
You went and left me
Who, other than you, will embrace me?
Who, other than you, will cover me?
Who, other than you, will guard over me?
Your pardon mother, forgive me

Monday, March 10, 2008

Maghi Semo Pakat Balik Ngundi

Menyahut seruan Ayah Zit, kami semua balik ngundi di kampung. Ummi terpaksa balik tumpang Ngah coz chik man ngundi kat kemaman.. ooo.. dia memang jadi orang yang paling sibuk la setakat ni.. kekadang mengalahkan YB pulak.. :D
Hari mengundi tiba, dan kami semua pergi menunaikan tanggungjawab kami pepagi lagi.. ummi, mok, cik aling dan chik mengundi di sekolah rendah salor. Entah kenapa rasa ketar la pulak ummi nak mengundi.. hik. macam first time le pulak.. bukan apa, risau dengan apa keputusan yang akan diperolehi nanti coz, 'depa' perang habis habisan nak tawan kelate.. so, ummi dan semua yang sayangkan Islam takut jugak la, kalau memang betul2 depa dapat tawan kelate..
Teringat pesan tok guru, kami tak lepas baca doa moga Allah memberikan kemenangan kepada pihak yang HAK.. dan sabar jugak nak tahu keputusan yang bakal kami perolehi nanti..
Pada petang hari mengundi tu.. kami ke belah bachok coz ada kenduri.. isy.. risau tengok bendera depa memang sepanjang jalan yang kami lalu.. kalau tengok kepada bendera, memang kami akan kalahlah.. dan, seperti yang di war warkan dalam tv pun, yang Awang Adek memang sudah bersedia untuk naik sebagai MB kelate.. kalau betul la, memang kami tak redha la dia jadi MB..
Malam penentuan, kami semua pakat dok depan tv.. nak dengar keputusan. tapi, nampak gaya macam diorang nak sembunyikan je result sebenar.. tapi, bila chik man call, dia bgtau yang 5 negeri 'kita' dah tawan.. kelate, kedah, penang, perak dan selangor.. dengan terengganu terpaksa menjadi korban kepada depa.. keputusan yang chik man dapat ni, adalah sumber dari internet dalam malaysiakini.. Alhamdulillah .. kami mendengar nya.. dan memang 8hb Mac 2008 menjadi tarikh keramat dalam lipatan sejarah nanti coz, pembangkang dapat menawan 5 negeri menjadikan depa tak dapat mempertahankan 2/3 kerusi dalam kabinet.. dan dengar desas desus, yang pak lah akan turun dari jawatan pm, dan najib akan naik..
we'll see ...
p/s: dan, pada malam tu, ummi dan seluruh mereka yang memperjuangkan Islam sujud syukur kerana Allah masih menjaga Agama Nya dari jatuh kepada mereka yang tak bertanggungjawab.. TAKBIR!! ALLAHHUAKBAR!!!

.: gUEST BOOk :.

>> Klik Di Sini